Penyelenggaraan
Note: Tentukan sisi kiri dan kanan mesin dari kedudukan pengendalian yang biasa.
Awas
Jika anda membiarkan kunci pada suis, orang lain mungkin menghidupkan mesin secara tidak sengaja dan mendatangkan kecederaan parah kepada anda atau orang lain yang berhampiran.
Keluarkan kunci daripada suis dan putuskan sambungan kuasa sebelum anda melaksanakan penyelenggaraan.
Keselamatan Penyelenggaraan
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, lepaskan hidraulik tambahan, turunkan alat tambahan, gunakan brek tangan, matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci. Tunggu semua pergerakan berhenti dan biarkan mesin menyejuk sebelum melaraskan, membersihkan, menyimpan atau membaiki mesin.
-
Jangan benarkan kakitangan yang tidak terlatih untuk menservis mesin.
-
Gunakan dirian bicu untuk menyokong komponen apabila diperlukan.
-
Lepaskan tekanan dengan berhati-hati daripada komponen dengan simpanan tenaga; rujuk kepada Melepaskan Tekanan Hidraulik.
-
Putuskan sambungan bateri sebelum membuat apa-apa pembaikan, rujuk Memutuskan Sambungan Kuasa Utama.
-
Jauhkan tangan dan kaki anda daripada bahagian yang bergerak. Jika boleh, jangan buat pelarasan apabila mesin sedang berjalan.
-
Pastikan semua bahagian dalam keadaan berfungsi yang baik dan semua perkakasan diketatkan. Gantikan semua pelekat yang haus atau rosak.
-
Jangan usik peranti keselamatan.
-
Hanya gunakan alat tambahan yang diluluskan oleh Toro. Alat tambahan boleh mengubah kestabilan dan ciri pengendalian mesin. Anda boleh membatalkan waranti jika anda menggunakan mesin dengan alat tambahan yang tidak diluluskan.
-
Hanya gunakan alat ganti Toro yang asli.
-
Jika penyelenggaraan atau pembaikan perlu dilakukan dengan lengan pemuat dalam kedudukan diangkat, tetapkan lengan dalam kedudukan diangkat menggunakan kunci silinder hidraulik.
Jadual Penyelenggaraan yang Disyorkan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 8 jam pertama |
|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 25 jam |
|
Setiap 100 jam |
|
Setiap 400 jam |
|
Tahunan |
|
Tahunan atau sebelum penyimpanan |
|
Prosedur Pra Penyelenggaraan
Menggunakan Kunci Silinder
Amaran
Lengan pemuat mungkin menurun apabila dalam kedudukan diangkat, menghempap orang di bawahnya.
Pasangkan kunci silinder sebelum melaksanakan penyelenggaraan yang memerlu lengan pemuat diangkat.
Memasangkan Kunci Silinder
-
Tanggalkan alat tambahan.
-
Angkat lengan pemuat kepada kedudukan diangkat sepenuhnya.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Letakkan kunci silinder pada setiap rod silinder angkat (Rajah 25).
-
Kuncikan setiap kunci silinder menggunakan cemat pangsi dan cemat baji (Rajah 25).
-
Turunkan lengan pemuat denganperlahan sehingga kunci silinder menyentuh badan silinder dan hujung rod.
Menanggalkan dan Menyimpan Kunci Silinder
Important: Tanggalkan kunci silinder daripada rod dan letakkan dalam kedudukan penyimpanan sepenuhnya sebelum mengendalikan mesin.
-
Hidupkan mesin.
-
Angkat lengan pemuat kepada kedudukan diangkat sepenuhnya.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan cemat pangsi dan cemat baji yang mengukuhkan setiap kunci silinder.
-
Tanggalkan kunci silinder.
-
Turunkan lengan pemuat.
-
Pasangkan kunci silinder pada hos hidraulik dan kukuhkannya menggunakan cemat pangsi dan cemat baji (Rajah 26).
Mengakses Komponen Dalaman
Amaran
Membuka atau menanggalkan penutup, tukup dan pengadang semasa mesin berjalan boleh menyebabkan anda tersentuh bahagian yang bergerak lalu mengakibatkan kecederaan parah pada anda.
Sebelum membuka mana-mana penutup, tukup dan pengadang, matikan kuasa mesin, keluarkan kunci daripada suis kunci dan biarkan mesin menyejuk.
Menanggalkan Tukup
Note: Jika anda perlu mengakses penyambung kuasa utama atau fius tetapi tidak dapat mengangkat lengan pemuat dengan selamat untuk menanggalkan tukup, rujuk kepada Menanggalkan Penutup Hadapan untuk mendapatkan akses.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
Note: Jika anda tidak dapat mengangkat lengan pemuat menggunakan kuasa mesin, tarik tuil lengan pemuat ke belakang dan gunakan pengangkat untuk mengangkat lengan pemuat.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Longgarkan 4 nat yang mengukuhkan tukup (Rajah 27).
-
Tarik tukup keluar dari mesin.
Menanggalkan Penutup Hadapan
Important: Tanggalkan penutup hadapan untuk mengakses penyambung kuasa utama dan fius hanya apabila anda tidak dapat mengangkat lengan pemuat dengan selamat untuk menanggalkan tukup.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, turunkan lengan pemuat dan gunakan brek tangan.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan 4 bolt yang mengukuhkan penutup hadapan dan tanggalkan penutup (Rajah 28).
Memutuskan Sambungan Kuasa Utama
Sebelum anda menservis mesin, putuskan sambungan bekalan kuasa kepada mesin dengan memisahkan penyambung kuasa utama (Rajah 29).
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan tukup; rujuk kepada Menanggalkan Tukup.
-
Pisahkan 2 penyambung kuasa (Rajah 29).
-
Buat apa-apa pembaikan.
-
Palamkan penyambung bersama sebelum mengendalikan mesin.
Awas
Jika anda tidak memutuskan sambungan kuasa kepada mesin, orang lain mungkin menghidupkan mesin secara tidak sengaja, menyebabkan kecederaan yang parah.
Sentiasa pisahkan penyambung sebelum mengendalikan mesin.
Pelinciran
Menggris Mesin
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Jenis Gris: Gris serba guna
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, turunkan lengan pemuat dan gunakan brek tangan.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Bersihkan kelengkapan gris dengan kain buruk.
-
Sambungkan senapang gris pada setiap kelengkapan (Rajah 30 dan Rajah 31).
-
Pamkan gris ke dalam kelengkapan sehingga gris mula mengalir keluar dari galas (kira-kira 3 pam).
-
Lapkan gris yang berlebihan.
Penyelenggaraan Sistem Elektrik
Keselamatan Sistem Elektrik
-
Putuskan sambungan penyambung kuasa utama sebelum membaiki mesin.
-
Cas bateri di tempat terbuka dengan pengalihan udara yang baik, jauh daripada percikan dan nyala api. Tanggalkan pengecas sebelum menyambungkan atau memutuskan sambungan bateri. Pakai pakaian perlindungan dan gunakan alatan tertebat.
Memutuskan Sambungan atau Menyambungkan Kuasa kepada Mesin
Penyambung kuasa utama membekalkan kuasa daripada bateri kepada mesin. Putuskan sambungan kuasa dengan memisahkan penyambung; sambungkan kuasa dengan memasangkan penyambung bersama. Rujuk kepada Memutuskan Sambungan Kuasa Utama.
Menggantikan Jalur Statik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, turunkan lengan pemuat dan gunakan brek tangan.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Di bawah pelantar, gantikan jalur statik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 32.
Menservis Bateri
Note: Mesin dilengkapi 7 bateri litium ion.
Jika anda cuba membuka ruang utama bateri, anda akan membatalkan waranti anda. Jika bateri perlu diservis, hubungi Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan bantuan.
Lupus atau kitar semula bateri litium ion mengikut peraturan setempat dan persekutuan.
Menyelenggarakan Pengecas Bateri
Important: Semua pembaikan elektrik harus dilaksanakan oleh Penjual Servis Yang Dibenarkan sahaja.
Pengendali hanya boleh melaksanakan penyelenggaraan sedikit selain melindungi pengecas daripada kerosakan dan cuaca.
Menyelenggarakan Kord Pengecas Bateri
-
Bersihkan kord menggunakan kain lembap selepas setiap penggunaan.
-
Gelungkan kord apabila tidak digunakan.
-
Periksa kord secara berkala kerosakan dan gantikan dengan alat ganti yang diluluskan oleh Toro apabila diperlukan.
Membersihkan Bekas Pengecas Bateri
Bersihkan bekas menggunakan kain lemba selepas setiap penggunaan.
Menservis Fius
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan tukup; rujuk kepada Menanggalkan Tukup.
-
Putuskan sambungan kuasa utama kepada mesin; rujuk Memutuskan Sambungan Kuasa Utama.
-
Cari fius dan gantikannya (Rajah 33).
-
Laraskan tork nat kepada 12 hingga 18 N∙m.
-
Sambungkan penyambung kuasa utama.
-
Pasangkan penutup hadapan.
Penyelenggaraan Sistem Pemacu
Memeriksa Bunga Tayar
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Periksa bunga tayar untuk kehausan. Gantikan tayar apabila bunga menjadi haus dan tipis.
Memeriksa Nat Cuping Roda
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 8 jam pertama |
|
Setiap 100 jam |
|
Periksa dan tork nat cuping roda kepada 68 N∙m.
Penyelenggaraan Brek
Menguji Brek Tangan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
-
Gunakan brek tangan; rujuk Tuil Brek Tangan.
-
Hidupkan mesin.
-
Cuba pandu mesin ke hadapan atau ke belakang dengan perlahan.
Note: Mesin mungkin bergerak sedikit sebelum brek tangan dikenakan.
-
Jika mesin bergerak tanpa brek tangan dikenakan, hubungi Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan servis.
Penyelenggaraan Sistem Hidraulik
Keselamatan Sistem Hidraulik
-
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika bendalir disuntik ke kulit. Bendalir yang tersuntik perlu disingkirkan melalui pembedahan dalam tempoh beberapa jam oleh doktor.
-
Pastikan semua hos dan talian hos hidraulik dalam keadaan yang baik dan semua sambungan dan kelengkapan hidraulik adalah ketat sebelum mengenakan tekanan pada sistem hidraulik.
-
Jauhkan badan dan tangan anda dari kebocoran lubang jarum atau muncung yang mengeluarkan bendalir hidraulik bertekanan tinggi.
-
Gunakan kadbod atau kertas untuk mengesan kebocoran hidraulik.
-
Lepaskan semua tekanan di dalam sistem hidraulik dengan selamat sebelum melaksanakan sebarang kerja pada sistem hidraulik.
Melepaskan Tekanan Hidraulik
Untuk melepaskan tekanan hidraulik apabila mesin dihidupkan, lepaskan hidraulik tambahan dan turunkan lengan pemuat sepenuhnya.
Untuk melepaskan tekanan apabila mesin dimatikan, alihkan tuil hidraulik tambahan di antara kedudukan mara dan undur untuk melepaskan tekanan hidraulik tambahan, alihkan tuil condong alat tambahan ke hadapan dan ke belakang, dan alihkan tuil lengan pemuat ke hadapan untuk menurunkan lengan pemuat (Rajah 34).
Spesifikasi Bendalir Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 25 jam |
|
Kapasiti Tangki Hidraulik: 56 L
Hanya gunakan 1 daripada bendalir berikut di dalam sistem hidraulik:
-
Toro Premium Transmission/Hydraulic Tractor Fluid (rujuk Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut)
-
Toro PX Extended Life Hydraulic Fluid (rujuk Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut)
-
Jika bendalir Toro yang disebut di atas tidak boleh didapati, anda boleh menggunakan Bendalir Hidraulik Traktor Universal (UTHF) yang lain tetapi mestilah merupakan produk asas petroleum yang lazim. Spesifikasi mestilah termasuk dalam julat yang disenaraikan bagi semua sifat bahan berikut dan bendalir harus memenuhi standard industri yang disenaraikan. Semak dengan pembekal bendalir hidraulik anda untuk menentukan jika bendalir memenuhii spesifikasi ini.
Note: Toro tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggantian yang tidak wajar, oleh itu hanya gunakan produk daripada pengilang boleh dipercayai yang akan mengikuti cadangan mereka.
Sifat Bahan Kelikatan, ASTM D445 cSt pada 40°C: 55 hingga 62 cSt pada 100°C: 9.1 hingga 9.8 Indeks kelikatan, ASTM D2270 140 hingga 152 Takat Tuang, ASTM D97 -43 hingga -37°C Standard Industri API GL-4, AGCO Powerfluid 821 XL, Ford New Holland FNHA-2-C-201.00, Kubota UDT, John Deere J20C, Vickers 35VQ25 dan Volvo WB-101/BM Note: Kebanyakan bendalir hidraulik adalah hampir tanpa warna, oleh itu sukar untuk mengesan kebocoran. Bahan tambah pencelup merah bagi bendalir sistem hidraulik boleh didapati dalam botol 20 ml. Satu botol adalah cukup untuk 15 hingga 22 L bendalir hidraulik. No. Alat Ganti Pesanan 44-2500 daripada Penjual Servis Yang Dibenarkan anda.
Memeriksa Paras Bendalir Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 25 jam |
|
Periksa paras bendalir hidraulik sebelum mesin dimulakan pada kali pertama dan selepas setiap 25 jam pengendalian.
Rujuk kepada Spesifikasi Bendalir Hidraulik.
Important: Sentiasa gunakan bendalir hidraulik yang betul. Bendalir yang tidak ditetapkan akan merosakkan sistem hidraulik.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, tanggalkan mana-mana alat tambahan, gunakan brek tangan, angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa mesin, keluarkan kunci dan biarkan mesin menyejuk.
-
Tanggalkan tukup/penutup akses hadapan.
-
Bersihkan bahagian di sekeliling isian tangki hidraulik (Rajah 35).
-
Tanggalkan penutup isian dan periksa paras bendalir pada batang celup (Rajah 35).
Paras bendalir seharusnya di antara tanda pada batang celup.
-
Jika paras adalah rendah, tambahkan bendalir yang secukupnya untuk meningkatkan paras minyak kepada paras yang sewajarnya.
-
Pasangkan penutup leher pengisi.
-
Pasangkan tukup/penutup akses hadapan.
-
Tanggalkan dan simpan kunci silinder dan turunkan lengan pemuat.
Menggantikan Penuras Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 8 jam pertama |
|
Setiap 400 jam |
|
Important: Jangan gantikan penuras minyak automotif; jika tidak kerosakan sistem hidraulik yang serius boleh berlaku.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, tanggalkan mana-mana alat tambahan, gunakan brek tangan, angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan tukup.
-
Letakkan takung buang di bawah penuras.
-
Tanggalkan penuras lama (Rajah 36) dan lap permukaan penyesuai penuras sehingga bersih.
-
Sapukan lapisan bendalir hidraulik yang tipis pada gasket getah pada penuras ganti (Rajah 36).
-
Pasangkan penuras hidraulik ganti pada penyesuai penuras (Rajah 36). Ketatkan mengikut arah jam sehingga gasket getah menyentuh penyesuai penuras, kemudian ketatkan penuras dengan tambahan ½ putaran.
-
Bersihkan bendalir yang tertumpah.
-
Hidupkan mesin dan biarkan mesin berjalan untuk kira-kira 2 minit untuk menyingkirkan udara daripada sistem.
-
Matikan kuasa mesin dan periksa kebocoran.
-
Periksa paras bendalir dalam tangki hidraulik; rujuk kepada Memeriksa Paras Bendalir Hidraulik. Tambahkan bendalir untuk meningkatkan paras sehingga tanda pada batang celup. Jangan terlebih isi tangki.
-
Pasangkan tukup.
-
Tanggalkan dan simpan kunci silinder dan turunkan lengan pemuat.
Menukar Bendalir Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Tahunan |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, tanggalkan mana-mana alat tambahan, gunakan brek tangan, angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan tukup.
-
Letakkan takung buang besar di bawah mesin yang boleh mengisi sekurang-kurangnya 61 L di bawah mesin.
-
Tanggalkan penyumbat takung dari bahagian bawah tangki hidraulik dan biarkan bendalir mengalir keluar dengan sepenuhnya (Rajah 37).
-
Pasangkan penyumbat takung.
-
Isi tangki hidraulik dengan bendalir hidraulik; rujuk kepada Spesifikasi Bendalir Hidraulik.
Note: Buang bendalir yang terpakai di pusat kitar semula yang diperakui.
-
Pasangkan tukup.
-
Tanggalkan dan simpan kunci silinder dan turunkan lengan pemuat.
Pembersihan
Membersihkan Serpihan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata, turunkan lengan pemuat dan gunakan brek tangan.
-
Matikan kuasa mesin dan keluarkan kunci.
-
Bersihkan semua serpihan daripada mesin.
Important: Hembuskan kotoran daripada mengeluarkannya setelah dicuci. Jika anda menggunakan air, jauhkan mesin daripada item elektrik dan injap hidraulik.
-
Tanggalkan dan simpan kunci silinder dan turunkan lengan pemuat.
Mencuci Mesin
Apabila mencuci mesin menggunakan tekanan, lakukan perkara berikut:
-
Pakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai untuk pencuci tekanan.
-
Pasangkan semua pengadang di tempatnya pada mesin.
-
Elakkan sembur pada komponen elektrik.
-
Elakkan sembur pada sisi pelekat.
-
Sembur pada bahagian luar mesin sahaja. Jangan sembur terus pada bukaan di dalam mesin.
-
Hanya sembur pada bahagian kotoran mesin.
-
Gunakan muncung sembur 40 darjah atau lebih besar. Muncung 40 darjah biasanya berwarna putih.
-
Pastikan jarak sekurang-kurangnya 61 cm di antara hujung pencuci tekanan dengan permukaan yang sedang dicuci.
-
Hanya gunakan pencuci tekanan pada tekanan di bawah 137.89 bar dan aliran di bawah 7.6 L setiap minit.
-
Gantikan pelekat yang rosak atau mengelupas.
-
Gris semua titik gris selepas mencuci; rujuk kepada Menggris Mesin.