Penyelenggaraan
Note: Tentukan sisi kiri dan kanan mesin dari kedudukan pengendalian yang biasa.
Keselamatan Penyelenggaraan
Awas
Jika anda tinggalkan kunci dalam suis, seseorang boleh menghidupkan enjin dengan tidak sengaja dan mencederakan anda dengan serius atau orang lain yang berada di tempat penggunaan mesin.
Keluarkan kunci daripada suis sebelum anda melaksanakan penyelenggaraan.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata, lepaskan hidraulik tambahan, turunkan alat tambahan, gunakan brek henti (jika dilengkapi), matikan kuasa enjin dan keluarkan kunci. Tunggu semua pergerakan berhenti dan biarkan mesin menyejuk sebelum melaraskan, membersihkan, menyimpan atau membaiki mesin.
-
Bersihkan tumpahan minyak atau bahan api.
-
Jangan benarkan kakitangan yang tidak terlatih untuk menservis mesin.
-
Gunakan dirian bicu untuk menyokong komponen apabila diperlukan.
-
Lepaskan tekanan dengan berhati-hati daripada komponen dengan simpanan tenaga; rujuk kepada Melepaskan Tekanan Hidraulik.
-
Putuskan sambungan bateri sebelum membuat apa-apa pembaikan, rujuk Menggunakan Suis Putus Sambungan Bateri.
-
Jauhkan tangan dan kaki anda daripada bahagian yang bergerak. Jika boleh, jangan buat pelarasan apabila enjin sedang berjalan.
-
Pastikan semua bahagian dalam keadaan berfungsi yang baik dan semua perkakasan diketatkan. Gantikan semua pelekat yang haus atau rosak.
-
Jangan usik peranti keselamatan.
-
Alat tambahan boleh mengubah kestabilan dan ciri pengendalian mesin.
-
Hanya gunakan alat ganti Toro yang asli.
-
Jika penyelenggaraan atau pembaikan perlu dilakukan dengan lengan pemuat dalam kedudukan diangkat, tetapkan lengan dalam kedudukan diangkat menggunakan kunci silinder hidraulik.
Jadual Penyelenggaraan yang Disyorkan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 8 jam pertama |
|
Selepas 50 jam pertama |
|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 25 jam |
|
Setiap 50 jam |
|
Setiap 100 jam |
|
Setiap 250 jam |
|
Setiap 400 jam |
|
Setiap 500 jam |
|
Setiap 800 jam |
|
Setiap 1,000 jam |
|
Setiap 1,500 jam |
|
Setiap 3,000 jam |
|
Tahunan atau sebelum penyimpanan |
|
Setiap 2 tahun |
|
Important: Rujuk kepada manual pemilik mesin anda untuk prosedur penyelenggaraan tambahan.
Prosedur Pra Penyelenggaraan
Menggunakan Kunci Silinder
Amaran
Lengan pemuat mungkin menurun apabila dalam kedudukan diangkat, menghempap orang di bawahnya.
Pasangkan kunci silinder sebelum melaksanakan penyelenggaraan yang memerlu lengan pemuat diangkat.
Memasangkan Kunci Silinder
-
Tanggalkan alat tambahan.
-
Angkat lengan pemuat kepada kedudukan diangkat sepenuhnya.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Longgarkan tombol yang mengunci kunci silinder pada lengan pemuat.
-
Pasangkan kunci silinder pada rod silinder angkat.
-
Ulangi langkah 4 dan 6 untuk sisi mesin yang satu lagi.
-
Turunkan lengan pemuat denganperlahan sehingga kunci silinder menyentuh badan silinder dan hujung rod.
-
Kuncikan kunci injap pemuat; rujuk Kunci Injap Pemuat.
Menanggalkan dan Menyimpan Kunci Silinder
Important: Tanggalkan kunci silinder daripada rod dan letakkan dalam kedudukan penyimpanan sepenuhnya sebelum mengendalikan mesin.
-
Hidupkan enjin.
-
Angkat lengan pemuat kepada kedudukan diangkat sepenuhnya.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan pin yang mengunci kunci silinder.
-
Tanggalkan kunci silinder dari rod silinder angkat.
-
Masukkan pin ke dalam kunci.
-
Letakkan kunci silinder pada lengan pemuat, dengan pin melingkari bahagian bawah kunci dan kuncikan setiap kunci menggunakan tombol tangan.
-
Turunkan lengan pemuat.
Mengakses Komponen Dalaman
Amaran
Membuka atau menanggalkan penutup, hud dan pengadang semasa enjin berjalan boleh menyebabkan anda tersentuh bahagian yang bergerak lalu mengakibatkan kecederaan parah pada anda.
Sebelum membuka mana-mana penutup, hud dan pengadang, matikan kuasa enjin, keluarkan kunci daripada suis kunci dan biarkan enjin menyejuk.
Membuka Hud
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Buka kunci hud menggunakan kunci selak dan tekan butang untuk melepaskan selak.
-
Angkat hud untuk buka
Menutup Hud
-
Turunkan hud.
-
Tekan selak ke bawah untuk mengunci hud.
-
Kuncikan hud menggunakan kunci selak.
Menanggalkan Penutup Belakang
-
Tanggalkan 2 bolt yang mengunci bahagian atas penutup belakang.
-
Angkat penutup keluar dari slot di dalam pendakap radiator.
Menanggalkan Plat Bawah
-
Tanggalkan 2 bolt yang mengunci plat bawah.
-
Tanggalkan plat bawah.
Menanggalkan Penutup Hadapan
-
Angkat lengan pemuat dan kuncikan dengan kunci silinder.
-
Longgarkan 2 bolt yang menguncikan penutup hadapan pada mesin.
-
Keluarkan penutup dari mesin.
-
Semasa memasangkan penutup, tork bolt kepada 41N∙m (30 kaki-lb).
Menanggalkan Pemasangan Penutup Hadapan
-
Angkat lengan pemuat dan kuncikan dengan kunci silinder.
-
Buka hud.
-
Tanggalkan 4 bolt yang mengunci pemasangan penutup pada mesin.
-
Tanggalkan pemasangan penutup.
Menanggalkan Adang-adang Sisi
-
Buka hud.
-
Keluarkan adang-adang dari slot hadapan dan belakang.
Pelinciran
Menggris Mesin
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Jenis Gris: Gris serba guna.
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Bersihkan kelengkapan gris dengan kain buruk.
-
Sambungkan senapang gris pada setiap kelengkapan.
-
Pamkan gris ke dalam kelengkapan sehingga gris mula mengalir keluar dari galas (kira-kira 3 pam).
-
Lapkan gris yang berlebihan.
Penyelenggaraan Enjin
Keselamatan Enjin
-
Matikan kuasa enjin sebelum memeriksa minyak atau menambahkan minyak ke dalam kotak engkol.
-
Jangan ubah tetapan pengawal enjin atau gunakan kelajuan lebih pada enjin.
-
Jauhkan tangan, kaki, muka, anggota badan yang lain dan pakaian dari peredam bunyi dan permukaan panas yang lain.
Menservis Pembersih Udara
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 100 jam |
|
Setiap 500 jam |
|
Memeriksa Pembersih Udara
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Buka hud.
-
Periksa badan pembersih udara untuk mengesan kerosakan yang mungkin boleh menyebabkan kebocoran udara.
Gantikan badan pembersih udara yang rosak.
-
Periksa sistem masuk udara untuk mengesan kebocoran, kerosakan atau pengapit hos yang longgar.
-
Servis penuras pembersih udara dan elemen keselamatan apabila menerima isyarat.
Important: Jangan terlampau servis penuras udara.
-
Pastikan penutup dipasangkan dengan betul dan mengedap badan pembersih udara.
Menservis Pembersih Udara
Note: Jika gasket busa di dalam penutup rosak, gantikannya.
Important: Jangan gunakan udara tekanan tinggi yang akan mendesak debu menembusi penuras lalu memasuki salur masuk.
Important: Jangan bersihkan penuras yang terpakai untuk mengelakkan kerosakan pada media penuras.
Important: Jangan gunakan penapis rosak.
Important: Jangan menekan bahagian tengah penuras yang fleksibel.
Menservis Minyak Enjin
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 50 jam pertama |
|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 250 jam |
|
Spesifikasi Minyak-Enjin
Enjin dihantar dengan minyak diisi di dalam kotak engkol; walau bagaimanapun, periksa paras minyak sebelum dan selepas anda memulakan enjin buat kali pertama.
Kapasiti kotak engkol: 5.2L (5.5 kuart AS) dengan penuras
Minyak enjin pilihan: Minyak Enjin Premium Toro
Jika menggunakan minyak yang lain, gunakan minyak enjin rendah abu berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi berikut:
-
API kategori servis CJ-4 atau lebih tinggi
-
ACEA kategori servis E6
-
JASO kategori servis DH-2
Important: Penggunaan minyak enjin selain API pengelasan CJ-4 atau lebih tinggi, ACEA E6 atau JASO DH-2 boleh menyebabkan penuras zarahan diesel tersumbat atau menyebabkan enjin rosak.
Gunakan gred kelikatan minyak enjin berikut:
-
SAE 10W-30 atau 5W-30 (semua suhu)
-
SAE 15W-40 (melebihi 0°F)
Note: Minyak Enjin Premium Toro boleh didapatkan daripada Penjual Servis yang Dibenarkan anda.
Memeriksa Paras Minyak-Enjin
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan kuasa enjin, keluarkan kunci dan biarkan enjin menyejuk.
-
Buka hud.
-
Tanggalkan adang-adang sisi kiri.
-
Bersihkan ruang di sekeliling batang celup minyak dan penutup isian minyak.
-
Periksa minyak dan isi minyak tambahan jika diperlukan.
Important: Jangan terlampau isi minyak ke dalam kotak engkol; jika paras minyak di dalam kotak engkol terlalu tinggi dan anda menjalankan enjin, anda mungkin merosakkan enjin.
-
Tutup hud.
Menukar Minyak Enjin dan Penuras
-
Tanggalkan mana-mana alat tambahan.
-
Hidupkan enjin dan biarkan enjin berjalan selama 5 minit.
Note: Ini akan memanaskan minyak untuk penyaliran yang lebih baik.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata dan gunakan brek henti.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Salirkan minyak di bawah pelantar.
Awas
Komponen adalah panas jika mesin telah berjalan. Jika anda tersentuh komponen yang panas, anda boleh terlecur.
Berhati-hati agar tidak tersentuh komponen yang panas semasa menukar minyak dan/atau penuras.
-
Tork palam salir kepada 46~56N∙m (34~42 kaki-lb).
-
Buka hud.
-
Tanggalkan adang-adang kiri; rujuk Menanggalkan Adang-adang Sisi.
-
Letakkan takungan yang cetek atau kain di bawah penapis untuk menakung minyak.
-
Tukar penuras minyak.
-
Tanggalkan penutup isian minyak dan tuangkan kira-kira 80% minyak yang ditentukan dengan perlahan-lahan melalui penutup injap.
-
Periksa paras minyak.
-
Isi minyak tambahan dengan perlahan-lahan untuk menaikkan paras kepada lubang atas pada batang celup.
-
Gantikan penutup isi.
-
Pasangkan adang-adang kiri.
-
Tutup hud.
Menservis Mangkin Pengoksidaan Diesel (DOC) dan Penuras Jelaga
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 3,000 jam |
|
Jika kerosakan enjin , atau dipaparkan pada Pusat Maklumat, bersihkan penuras jelaga menggunakan langkah yang berikut:
-
Rujuk bahagian Enjin dalam Manual Servis untuk mendapatkan maklumat tentang penanggalan dan pemasangan mangkin pengoksidaan diesel dan penuras jelaga pada DPF.
-
Rujuk Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk alat ganti atau servis mangkin pengoksidaan diesel dan penuras jelaga.
-
Hubungi Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk menetapkan semula ECU enjin selepas anda memasangkan DPF yang bersih.
Penyelenggaraan Sistem Bahan Api
Bahaya
Dalam keadaan tertentu, bahan api sangat mudah terbakar dan mudah meletup. Api atau letupan daripada bahan api boleh melecurkan anda dan orang lain serta boleh merosakkan harta benda.
Rujuk Keselamatan Bahan Api untuk mendapatkan senarai lengkap tentang langkah berjaga-jaga yang berkaitan dengan bahan api.
Menyalirkan Pemisah Air
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 50 jam |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Letakkan bekas di bawah pemisah air.
-
Longgarkan injap salir pada bahagian bawah kanister penuras dan biarkan air disalirkan.
-
Ketatkan injap salir.
Menggantikan Penuras Pemisah Air
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 500 jam |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan penutup belakang; rujuk Menanggalkan Penutup Belakang.
-
Bersihkan ruang lekapan penuras pemisah air.
-
Tanggalkan kanister penuras dan bersihkan permukaan lekapan
-
Lincirkan gasket pada kanister penuras baharu menggunakan minyak yang bersih.
-
Isi bahan api ke dalam kanister.
-
Pasangkan kanister penuras menggunakan tangan sehingga gasket menyentuh permukaan lekapan, kemudian putarkan lagi sebanyak ½ putaran.
-
Pasangkan penutup belakang.
Memeriksa Salur dan Sambungan Bahan Api
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 400 jam |
|
Periksa salur dan sambungan bahan api untuk mengesan kemerosotan, kerosakan atau sambungan yang longgar. Ketatkan mana-mana sambungan yang longgar dan hubungi Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan bantuan membaiki salur bahan api yang rosak.
Menggantikan Penuras Bahan Api
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 500 jam |
|
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Buka hud.
-
Bersihkan ruang lekapan penuras bahan api.
-
Tanggalkan kanister penuras dan bersihkan permukaan lekapan.
-
Lincirkan gasket pada kanister penuras baharu menggunakan minyak yang bersih.
-
Pasangkan kanister penuras menggunakan tangan sehingga gasket menyentuh permukaan lekapan, kemudian putarkan lagi sebanyak ½ putaran.
-
Keluarkan udara dari sistem bahan api; rujuk Mengeluarkan Udara dari Sistem Bahan Api.
-
Mulakan enjin dan periksa untuk mengesan kebocoran bahan api di sekeliling kepala penuras.
-
Tutup hud.
Mengeluarkan Udara dari Sistem Bahan Api
Anda perlu mengeluarkan udara dari sistem bahan api sebelum memulakan enjin jika mana-mana situasi berikut telah berlaku:
-
Permulaan awal bagi mesin baharu
-
Enjin berhenti berfungsi atas sebab kekurangan bahan api.
-
Penyelenggaraan telah dilakukan pada komponen sistem bahan api (seperti penuras digantikan).
-
Putarkan kunci kepada kedudukan BERJALAN.
-
Biarkan pam bahan api berjalan selama 2 minit sebelum menghidupkan mesin.
Menyalirkan Tangki Bahan Api
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 500 jam |
|
Dapatkan perkhidmatan daripada Penjual Servis Yang Dibenarkan untuk menyalirkan dan membersihkan tangki bahan api.
Penyelenggaraan Sistem Elektrik
Keselamatan Sistem Elektrik
-
Putuskan sambungan bateri sebelum membuat apa-apa pembaikan, rujuk Melepaskan Tekanan Hidraulik.
-
Cas bateri di tempat terbuka dengan pengalihan udara yang baik, jauh daripada percikan dan nyala api. Tanggalkan pengecas sebelum menyambungkan atau memutuskan sambungan bateri. Pakai pakaian perlindungan dan gunakan alatan tertebat.
-
Asid bateri beracun dan boleh menyebabkan lecuran. Elakkan sentuhan dengan kulit, mata dan pakaian. Lindungi muka, mata dan pakaian anda semasa mengendalikan bateri.
-
Gas bateri boleh meletup. Jauhkan rokok, percikan dan nyalaan dari bateri.
Menggunakan Suis Putus Sambungan Bateri
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Buka hud.
-
Tetapkan suis putus sambungan bateri kepada kedudukan HIDUP atau MATI untuk melakukan yang berikut:
-
Untuk mentenagakan mesin secara elektrik, putarkan suis putus sambungan bateri mengikut arah jam kepada kedudukan HIDUP.
-
Untuk menyahtenagakan mesin secara elektrik, putarkan suis putus sambungan bateri melawan arah jam kepada kedudukan MATI.
-
Menservis Bateri
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 50 jam |
|
Mengeluarkan Bateri
Amaran
Penghalaan kabel bateri yang salah boleh merosakkan mesin dan kabel, menyebabkan percikan api. Percikan api boleh menyebabkan gas bateri meletup, mengakibatkan kecederaan diri.
Sentiasa cabut kabel bateri negatif (hitam) sebelum mencabut kabel positif (merah).
-
Tanggalkan mana-mana alat tambahan.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata dan gunakan brek henti.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan pemasangan penutup hadapan; rujuk Menanggalkan Pemasangan Penutup Hadapan.
-
Tanggalkan kabel bumi negatif (hitam) dari tiang bateri. Kekalkan kancing.
-
Keluarkan penutup getah dari kabel positif (merah).
-
Tanggalkan kabel positif (merah) dari tiang bateri. Kekalkan kancing.
-
Tanggalkan nat telinga, rod dan jalur.
-
Keluarkan bateri.
Mengecas Bateri
Amaran
Mengecas bateri menghasilkan gas yang boleh meletup.
Jangan merokok berhampiran bateri dan jauhkan percikan api dan nyala api dari bateri.
Important: Sentiasa pastikan bateri dicas sepenuhnya (1.265 graviti tentu). Ini amat penting untuk mencegah kerosakan bateri apabila suhu berada di bawah 0°C (32°F).
-
Keluarkan bateri dari mesin; rujuk kepada Mengeluarkan Bateri.
-
Cas bateri selama 4 hingga 8 jam pada kadar 3 hingga 4 A. Jangan terlampau cas bateri.
-
Apabila bateri dicas sepenuhnya, tanggalkan pengecas dari salur keluar elektrik, kemudian putuskan sambungan dedawai pengecas dari tiang bateri.
Membersihkan Bateri
Note: Jaga kebersihan terminal dan seluruh bekas bateri kerana bateri yang kotor akan menyahcas dengan perlahan.
-
Letakkan mesin di atas permukaan rata, gunakan brek henti (jika dilengkapi) dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Keluarkan bateri dari mesin; Mengeluarkan Bateri.
-
Cuci seluruh bekas menggunakan larutan soda penaik dan air.
-
Bilas bateri dengan air bersih.
-
Sapukan tiang bateri dan penyambung kabel dengan gris (kelupas) Grafo 12X (No. Bahagian Toro 505-47) atau jeli petroleum untuk mengelakkan pengakisan.
-
Pasangkan bateri; rujuk kepada Memasang Bateri.
Memasang Bateri
Amaran
Penghalaan kabel bateri yang salah boleh merosakkan mesin dan kabel, menyebabkan percikan api. Percikan api boleh menyebabkan gas bateri meletup, mengakibatkan kecederaan diri.
Sentiasa sambungkan kabel bateri positif (merah) sebelum menyambungkan kabel negatif (hitam).
-
Letakkan bateri pada dulang bateri dan kuncikan dengan jalur, nat telinga dan rod.
-
Dengan kancing yang ditanggalkan sebelum ini, pasangkan kabel bateri positif (merah) pada terminal bateri positif (+).
-
Pasangkan but terminal merah pada tiang bateri positif.
-
Dengan kancing yang ditanggalkan sebelum ini, pasangkan kabel bateri negatif (hitam) pada terminal bateri negatif (-).
-
Pasangkan pemasangan penutup hadapan.
Menservis Bateri Ganti
Bateri asal tidak memerlukan penyelenggaraan dan tidak perlu diservis. Untuk menservis bateri ganti, rujuk arahan pengeluar bateri.
Melakukan Permulaan Lompatan pada Mesin
Amaran
Tindakan melakukan permulaan lompatan pada bateri boleh menghasilkan gas yang boleh meletup.
Jangan merokok berhampiran bateri dan jauhkan bateri daripada percikan dan nyalaan.
-
Tanggalkan penutup hadapan; rujuk Menanggalkan Penutup Hadapan.
-
Periksa dan bersihkan pengakisan dari terminal bateri sebelum permulaan lompatan. Pastikan sambungan adalah ketat.
Awas
Pengakisan atau sambungan yang longgar boleh menyebabkan peningkatan voltan elektrik yang tidak diingini pada bila-bila masa sewaktu prosedur permulaan lompatan.
Jangan cuba melakukan Permulaan Lompatan pada mesin dengan terminal bateri yang longgar atau terkakis, jika tidak kerosakan pada enjin mungkin berlaku.
Bahaya
Tindakan melakukan permulaan lompatan pada bateri lemah yang retak atau beku, atau mempunyai paras elektrolit yang rendah atau sel bateri terbuka/terpintas boleh menyebabkan letupan yang mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
Jangan melakukan permulaan lompatan pada bateri yang lemah jika keadaan ini wujud.
-
Pastikan bateri penggalak ialah bateri asid plumbum yang baik dan dicas sepenuhnya pada 12.6 V atau lebih tinggi.
Note: Gunakan kabel pelompat yang bersaiz bersesuaian dan pendek untuk mengurangkan penurunan voltan di antara sistem. Pastikan kabel berkod warna atau berlabel untuk memastikan kutub yang betul.
Amaran
Bateri mengandungi asid dan menghasilkan gas yang boleh meletup.
-
Lindungi mata dan muka anda daripada bateri pada sepanjang masa.
-
Jangan dekati bateri.
Note: Pastikan penutup lohong adalah ketat dan sejajar. Letakkan kain basah, jika tersedia, di atas mana-mana penutup lohong pada kedua-dua bateri. Pastikan juga mesin tidak menyentuh dan kedua-dua sistem elektrik dimatikan dan mempunyai voltan sistem yang sama nilai. Arahan ini adalah untuk sistem bumi negatif sahaja.
-
-
Sambungkan kabel positif (+) pada terminal positif (+) bateri dinyahcas yang disambungkan ke pemula atau solenoid seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 82.
-
Sambungkan hujung kabel pelompat positif (+) yang satu lagi pada terminal positif bateri di mesin lain.
-
Sambungkan satu hujung kabel pelompat negatif (-) pada tiang negatif bateri di mesin lain.
-
Sambungkan hujung kabel pelompat negatif (-) yang satu lagi pada titik bumi seperti bolt tidak bercat atau anggota casis.
-
Hidupkan enjin pada mesin lain. Biarkan enjin berjalan selama beberapa minit, kemudian hidupkan enjin anda.
-
Tanggalkan kabel dalam urutan sambungan terbalik.
-
Pasangkan penutup hadapan.
Menservis Fius
Sistem elektrik dilindungi fius. Fius tidak memerlukan penyelenggaraan. Akan tetapi, jika fius mengembang, periksa komponen/litar untuk mengesan kepincangan tugas atau litar pintas.
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | |
A | X | X | Kayu Bedik | Kuasa Alat Tambahan | Aksesori | Kuasa Tek | Hon | |||||
(5 A) | (20 A) | (10 A) | (7.5 A) | (10 A) | ||||||||
B | X | X | X | X | TDM 2002 | Paras Auto | Kuasa Tek | Lampu/USB | ||||
(10 A) | (10 A) | (7.5 A) | (15 A) | |||||||||
C | X | X | X | X | Telematik | X | X | Kuasa Tek | Kuasa Sistem | |||
(10 A) | (7.5 A) | (15 A) | ||||||||||
D | X | X | X | (Geganti) | (Geganti) | (Geganti) | ||||||
E | X | X | X |
Note: Jika mesin tidak dapat dihidupkan, sama ada litar utama atau panel kawalan/fius geganti pecah.
Penyelenggaraan Sistem Pemacu
Menservis Jejak
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Selepas 8 jam pertama |
|
Selepas 50 jam pertama |
|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 50 jam |
|
Membersihkan Jejak
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata dan gunakan brek henti.
-
Dengan timba dipasangkan dan pada sudut ke bawah, turunkannya ke atas tanah agar bahagian hadapan unit cengkaman diangkat dari tanah sebanyak beberapa sentimeter (inci).
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Gunakan hos air atau pencuci tekanan untuk menyingkirkan kotoran dari setiap sistem jejak.
Important: Pastikan anda menggunakan air bertekanan tinggi untuk mencuci bahagian jejak sahaja. Jangan gunakan pencuci bertekanan tinggi untuk membersihkan bahagian unit cengkaman yang lain. Jangan gunakan air bertekanan tinggi di antara gegancu pemacu dengan unit cengkaman, jika tidak anda mungkin merosakkan kedapan motor. Pencucian pada tekanan tinggi boleh merosakkan sistem elektrik dan injap hidraulik atau menghabiskan gris.
Important: Pastikan anda membersihkan roda jalan, roda hadapan, roda belakang dan gegancu pemacu dengan sepenuhnya. Roda jalan seharusnya berputar secara bebas semasa dibersihkan.
Memeriksa dan Melaraskan Ketegangan Jejak
Angkat/sokong 1 sisi mesin dan dengan berat jejak, sahkan bahawa ruang di antara bahagian bawah bibir roda jalan dengan jejak ialah 19mm (¾ inci). Jika tidak, laraskan ketegangan jejak menggunakan prosedur yang berikut.
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Angkat sisi mesin yang sedang anda laraskan agar jejak tidak menyentuh tanah.
-
Longgarkan bolt pada penutup belakang dan tanggalkan penutup.
-
Longgarkan nat penjepit dan putarkan skru ketegangan mengikut arah jam sehingga pesongan jejak mencapai 19mm (¾ inci).
-
Ketatkan nat penjepit.
-
Pasangkan penutup dan ketatkan bolt.
-
Ulangi prosedur untuk jejak yang satu lagi.
-
Pandu mesin, kemudian letakkan mesin di atas permukaan yang rata, gunakan brek henti, matikan kuasa enjin dan keluarkan kunci.
-
Sahkan bahawa pesongan jejak ialah 19mm (¾ inci). Laraskan jika perlu.
Menggantikan Jejak
Menanggalkan Jejak
-
Tanggalkan mana-mana alat tambahan.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata, pastikan hanya 1 gegancu separuh dikenakan pada jejak.
-
Turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Angkat mesin dari tanah agar bahagian bawah jejak sekurang-kurangnya 10.2cm (4 inci) dari tanah. Sokong mesin menggunakan dirian bicu.
Note: Gunakan dirian bicu mengikut kadar mesin anda.
Amaran
Jek mekanikal atau hidraulik mungkin gagal menyokong mesin dan menyebabkan kecederaan serius.
Gunakan penyangga jek semasa menyokong mesin.
-
Longgarkan bolt pada penutup belakang dan tanggalkan penutup.
-
Longgarkan nat penjepit dan putarkan skru ketegangan untuk melepaskan ketegangan.
-
Keluarkan segmen gegancu pemacu yang tidak mengena jejak.
Important: Jika anda tidak mengeluarkan segmen gegancu tersebut, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk memasangkan jejak baharu tanpa merosakkannya.
-
Hidupkan mesin dan lepaskan brek henti.
-
Alihkan kawalan cengkaman ke hadapan sehingga bahagian separuh gegancu pemacu yang satu lagi tidak mengena jejak
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan jejak dari rangka jejak, hab pemacu, kemudian roda hadapan.
Memasangkan Jejak
-
Lilitkan jejak baharu mengelilingi roda hadapan.
-
Tolak jejak ke bawah dan di antara roda jalan dan lilitkan jejak mengelilingi roda belakang.
-
Hidupkan enjin dan lepaskan brek henti.
-
Alihkan kawalan cengkaman ke hadapan sehingga separuh gegancu pemacu mengena jejak.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Sapukan sebatian penguncian ulir pada bolt separuh gegancu pemacu yang anda tanggalkan dan pasangkan separuh gegancu yang satu lagi. Tork bolt kepada 80~99N∙m (59~73 kaki-lb).
-
Laraskan skru ketegangan sehingga pesongan jejak mencapai 19mm (¾ inci).
-
Ketatkan nat penjepit.
-
Pasangkan penutup dan ketatkan bolt.
-
Ulangi prosedur untuk menggantikan jejak yang satu lagi.
-
Turunkan mesin ke atas tanah.
-
Pandu mesin, kemudian letakkan mesin di atas permukaan yang rata, gunakan brek henti, matikan kuasa enjin dan keluarkan kunci.
-
Sahkan bahawa ketegangan jejak adalah betul; rujuk Memeriksa dan Melaraskan Ketegangan Jejak.
Penyelenggaraan Sistem Penyejukan
Keselamatan Sistem Pendinginan
-
Menelan bahan pendingin enjin boleh menyebabkan keracunan; jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
-
Melepaskan bahan pendingin yang panas, bertekanan atau menyentuh radiator panas dan bahagian sekeliling boleh menyebabkan melecur yang teruk.
-
Sentiasa biarkan enjin sejuk sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengeluarkan penutup radiator.
-
Gunakan kain apabila membuka penutup radiator dan buka penutup perlahan-lahan untuk membolehkan stim dilepaskan.
-
Menservis Sistem Penyejukan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Setiap 100 jam |
|
Membersihkan Adang-adang Radiator
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Singkirkan timbunan rumput, kotoran atau serpihan lain daripada adang-adang radiator menggunakan udara termampat.
Memeriksa Paras Bahan Pendingin Enjin
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Sistem penyejukan diisi dengan 50/50 larutan air dan antisejuk beku etilena glikol kekal.
-
Letakkan mesin di atas permukaan rata, turunkan lengan pemuat, gunakan brek henti dan matikan kuasa enjin.
-
Keluarkan kunci dari suis kunci dan biarkan enjin menyejuk.
-
Buka hud.
-
Periksa paras bahan pendingin di dalam tangki pengembangan.
Note: Paras bahan pendingin seharusnya berada pada atau di atas tanda pada sisi tangki.
-
Jika paras bahan pendingin rendah, keluarkan penutup tangki pengembangan dan tambah campuran 50/50 air dan antibeku etilena glikol kekal.
Important: Jangan terlebih isi tangki pengembangan.
-
Pasangkan penutup tangki pengembangan.
Menukar Bahan Pendingin Enjin
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 800 jam |
|
Dapatkan perkhidmatan daripada Penjual Servis Yang Dibenarkan untuk menukar bahan pendingin enjin setiap tahun.
Jika anda perlu menambahkan bahan pendingin enjin, rujuk Memeriksa Paras Bahan Pendingin Enjin.
Penyelenggaraan Tali Sawat
Memeriksa Ketegangan Tali Sawat Pengulang-alik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 100 jam |
|
-
Kenakan 44N daya pada tali sawat pengulang-alik, di bahagian tengah di antara takal.
-
Jika pesongan bukan 10mm (⅜ inci), longgarkan bolt kelapan pengulang-alik.
-
Tingkatkan atau kurangkan ketegangan tali sawat pengulang-alik.
-
Ketatkan bolt lekapan.
-
Periksa pesongan tali sawat sekali lagi untuk memastikan ketegangan adalah tepat.
Penyelenggaraan Sistem Kawalan
Melaraskan Kawalan
Kilang melaraskan kawalan sebelum menghantar mesin. Walau bagaimanapun, selepas jam penggunaan yang panjang, anda mungkin perlu melaraskan penjajaran kawalan cengkaman, kedudukan NEUTRAL kawalan cengkaman dan penjejakan kawalan cengkaman dalam kedudukan ke hadapan sepenuhnya.
Hubungi Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk melaraskan kawalan mesin anda.
Penyelenggaraan Sistem Hidraulik
Keselamatan Sistem Hidraulik
-
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika bendalir disuntik ke kulit. Bendalir yang tersuntik perlu disingkirkan melalui pembedahan dalam tempoh beberapa jam oleh doktor.
-
Pastikan semua hos dan talian hos hidraulik dalam keadaan yang baik dan semua sambungan dan kelengkapan hidraulik adalah ketat sebelum mengenakan tekanan pada sistem hidraulik.
-
Jauhkan badan dan tangan anda dari kebocoran lubang jarum atau muncung yang mengeluarkan bendalir hidraulik bertekanan tinggi.
-
Gunakan kadbod atau kertas untuk mengesan kebocoran hidraulik.
-
Lepaskan semua tekanan di dalam sistem hidraulik dengan selamat sebelum melaksanakan sebarang kerja pada sistem hidraulik.
Melepaskan Tekanan Hidraulik
Untuk melepaskan tekanan hidraulik apabila enjin dihidupkan, lepaskan hidraulik tambahan, turunkan lengan pemuat sepenuhnya dan tarik balik lengan pemuat.
Untuk melepaskan tekanan apabila enjin dimatikan, kitarkan kayu bedik di antara kedudukan ke hadapan untuk menurunkan lengan pemuat.
Spesifikasi Bendalir Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 100 jam |
|
Setiap 400 jam |
|
Setiap 1,000 jam |
|
Setiap 1,500 jam |
|
Setiap 2 tahun |
|
Kapasiti Tangki Hidraulik: 44.7L (11.8 gelen AS)
Hanya gunakan 1 daripada bendalir berikut di dalam sistem hidraulik:
-
Toro Premium Transmission/Hydraulic Tractor Fluid (rujuk Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut)
-
Toro PX Extended Life Hydraulic Fluid (rujuk Penjual Servis Yang Dibenarkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut)
-
Jika bendalir Toro yang disebut di atas tidak boleh didapati, anda boleh menggunakan Bendalir Hidraulik Traktor Universal (UTHF) yang lain tetapi mestilah merupakan produk asas petroleum yang lazim. Spesifikasi mestilah termasuk dalam julat yang disenaraikan bagi semua sifat bahan berikut dan bendalir harus memenuhi standard industri yang disenaraikan. Semak dengan pembekal bendalir hidraulik anda untuk menentukan jika bendalir memenuhi spesifikasi ini.
Note: Toro tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggantian yang tidak wajar, oleh itu hanya gunakan produk daripada pengilang boleh dipercayai yang akan mengikuti cadangan mereka.
Sifat Bahan Kelikatan, ASTM D445 cSt pada 40°C: 55 hingga 62 cSt pada 100°C: 9.1 hingga 9.8 Indeks kelikatan, ASTM D2270 140 hingga 152 Takat Tuang, ASTM D97 -37~-43°C (-35~-46°F) Standard Industri API GL-4, AGCO Powerfluid 821 XL, Ford New Holland FNHA-2-C-201.00, Kubota UDT, John Deere J20C, Vickers 35VQ25 dan Volvo WB-101/BM Note: Kebanyakan bendalir hidraulik adalah hampir tanpa warna, oleh itu sukar untuk mengesan kebocoran. Bahan tambah pencelup merah bagi bendalir sistem hidraulik boleh didapati dalam botol 20ml (⅔ fl oz). Satu botol adalah cukup untuk 15 hingga 22L (4 hingga 6 gelen AS) bendalir hidraulik. No. Alat Ganti Pesanan 44-2500 daripada Penjual Toro Yang Dibenarkan anda.
Memeriksa Paras Bendalir Hidraulik
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 25 jam |
|
Important: Sentiasa gunakan bendalir hidraulik yang betul. Bendalir yang tidak ditetapkan akan merosakkan sistem hidraulik. Rujuk Spesifikasi Bendalir Hidraulik.
-
Tanggalkan mana-mana alat tambahan.
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Angkat timba.
-
Bersihkan ruang di sekeliling penutup pengisi.
-
Tanggalkan penutup isian dan periksa paras bendalir pada batang celup.
Note: Paras bendalir seharusnya di dalam tanda pada batang celup.
-
Jika paras adalah rendah, tambahkan bendalir yang secukupnya untuk meningkatkan paras minyak kepada paras yang sewajarnya.
-
Pasangkan penutup pengisi.
-
Turunkan timba.
Menggantikan Penuras Hidraulik
Important: Jangan gantikan penuras minyak automotif; jika tidak kerosakan sistem hidraulik yang serius boleh berlaku.
-
Tanggalkan mana-mana alat tambahan.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata dan gunakan brek henti.
-
Angkat lengan pemuat dan pasangkan kunci silinder.
-
Matikan kuasa enjin, keluarkan kunci dan biarkan enjin menyejuk.
-
Tanggalkan penutup hadapan; rujuk Menanggalkan Penutup Hadapan.
-
Letakkan takung buang di bawah penuras dan gantikan penuras.
-
Bersihkan bendalir yang tertumpah.
-
Hidupkan enjin dan biarkan ia berjalan selama kira-kira 2 minit untuk membersihkan udara dari sistem.
-
Matikan kuasa enjin dan periksa kebocoran.
-
Periksa paras bendalir di dalam tangki hidraulik; rujuk Memeriksa Paras Bendalir Hidraulik dan isi bendalir untuk meningkatkan paras ke tanda pada batang celup.
Important: Jangan terlebih isi tangki.
-
Pasangkan penutup hadapan.
-
Tanggalkan dan simpan kunci silinder dan turunkan lengan pemuat.
Menukar Bendalir Hidraulik
-
Letakkan mesin pada permukaan rata, gunakan brek henti dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Letakkan takung buang besar dengan kapasiti 57L (15 gelen AS) di bawah palam salir pada tangki hidraulik.
-
Tanggalkan palam salir dan biarkan minyak disalirkan ke dalam takung.
-
Apabila semua minyak disalirkan, pasangkan dan ketatkan palam salir.
Note: Buang minyak yang terpakai di pusat kitar semula yang diperakui.
-
Isi tangki hidraulik dengan bendalir hidraulik; rujuk kepada Spesifikasi Bendalir Hidraulik.
-
Hidupkan enjin dan biarkan enjin berjalan selama beberapa minit.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Periksa paras bendalir hidraulik dan tambah bendalir untuk mengisi tangki jika diperlukan; rujuk Memeriksa Paras Bendalir Hidraulik.
Penyelenggaraan Pemuat
Melaraskan Tork Skru Pelarasan Lengan Pemuat
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 25 jam |
|
Periksa tork apabila lengan pemuat bawah berdetar.
-
Letakkan mesin di atas permukaan yang rata.
-
Matikan kuasa enjin, keluarkan kunci dan biarkan enjin menyejuk.
-
Pada setiap lengan pemuat, longgarkan skru penuh pada 4 skru pelarasan.
-
Tork skru pelarasan kepada 27N∙m (20 kaki-lb).
-
Periksa bahawa panjang skru pelarasan yang menjulur dari lengan adalah sama bagi setiap sisi.
-
Sapukan sebatian penguncian berkekuatan sederhana pada skru penuh dan ketatkan skru sehingga bersentuhan dengan skru pelarasan.
Important: Jangan kuncikan skru penuh sehingga terlampau ketat, jika tidak anda mungkin merosakkan ulir skru pelarasan.
Pembersihan
Membersihkan Serpihan
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Sebelum setiap penggunaan atau setiap hari |
|
Important: Pengendalian mesin dengan adang-adang sekat dan/atau selubung pendinginan ditanggalkan akan menyebabkan kerosakan enjin kerana terlampau panas.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata dan turunkan lengan pemuat.
-
Matikan kuasa enjin, keluarkan kunci dan biarkan enjin menyejuk.
-
Buka hud.
-
Bersihkan serpihan dari bahagian hadapan dan sisi adang-adang.
-
Lapkan serpihan dari pembersih udara.
-
Bersihkan timbunan serpihan pada enjin dan di dalam sirip penyejuk minyak menggunakan berus atau peniup.
Important: Pengendalian mesin dengan adang-adang sekat dan/atau selubung pendinginan ditanggalkan akan menyebabkan kerosakan enjin kerana terlampau panas.
-
Bersihkan serpihan dari bukaan hud, peredam bunyi, pengadang haba dan adang-adang radiator (jika berkenaan).
-
Tutup hud.
Mencuci Mesin
Apabila mencuci mesin menggunakan tekanan, lakukan perkara berikut:
-
Pakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai untuk pencuci tekanan.
-
Pasangkan semua pengadang di tempatnya pada mesin.
-
Elakkan sembur pada komponen elektrik.
-
Elakkan sembur pada sisi pelekat.
-
Sembur pada bahagian luar mesin sahaja. Jangan sembur terus pada bukaan di dalam mesin.
-
Hanya sembur pada bahagian kotoran mesin.
-
Gunakan muncung sembur 40 darjah atau lebih besar. Muncung 40 darjah biasanya berwarna putih.
-
Pastikan jarak sekurang-kurangnya 61 cm di antara hujung pencuci tekanan dengan permukaan yang sedang dicuci.
-
Hanya gunakan pencuci tekanan pada tekanan di bawah 137.89 bar dan aliran di bawah 7.6 L setiap minit.
-
Gantikan pelekat yang rosak atau mengelupas.
-
Gris semua titik gris selepas mencuci; rujuk kepada Menggris Mesin.
Membersihkan Casis
Selang Perkhidmatan Penyelenggaraan | Prosedur Penyelenggaraan |
---|---|
Setiap 100 jam |
|
Melalui masa, casis di bawah enjin akan mengumpulkan kotoran dan serpihan yang mestilah disingkirkan. Gunakan lampu suluh, buka hud dan periksa ruang di bawah enjin dengan kerap. Apabila kedalaman serpihan mencapai 2.5~5cm (1~2 inci), bersihkan casis.
-
Letakkan mesin pada permukaan yang rata dan turunkan lengan pemuat.
-
Angkat bahagian hadapan mesin agar mesin bersudut ke belakang.
-
Matikan enjin dan keluarkan kunci.
-
Tanggalkan plat bawah; rujuk Menanggalkan Plat Bawah.
-
Tanggalkan pemasangan penutup hadapan; rujuk Menanggalkan Pemasangan Penutup Hadapan.
-
Sembur air pada casis untuk menyingkirkan kotoran dan serpihan.
Note: Air akan disalirkan dari bahagian belakang mesin.
Important: Jangan sembur air pada enjin.
-
Gris mesin; rujuk kepada Menggris Mesin.
-
Pasangkan plat bawah.
-
Pasangkan pemasangan penutup hadapan.
-
Turunkan mesin.